VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 31/10/2013

Dua 'R' berkorban demi Piala Malaysia

R. Gopinathan (kiri) dan R. Surendran sanggup melupakan seketika perayaan Deepavali bagi memberi tumpuan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan, Ahad ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Gandingan dua 'R' skuad Tok Gajah, R. Gopinathan dan R. Surendran berkata, kejayaan membawa pulang kejuaraan Piala Malaysia ke Pahang akan menjadi hadiah Deepavali paling bermakna buat mereka.

Ketika sanak saudara gembira meraikan Deepavali, kedua-dua mereka terpaksa melupakan perayaan itu seketika demi memberi fokus kepada pertemuan dengan Kelantan dalam aksi akhir di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

"Deepavali kali ini pasti akan lebih bermakna buat saya jika dapat membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia. Harap semua pemain akan bermati-matian pada malam itu.

"Kita perlu membuktikan kepada penyokong Pahang bahawa kita mampu menewaskan The Red Warriors biarpun rekod terdahulu memperlihatkan kita tewas beberapa kali.

"Saya yakin Pahang mampu menumbangkan Kelantan kali ini," kata pemain tengah, Gopinathan, 23.

Pemain kelahiran Kuantan itu berkata, sudah lama dia menantikan detik beraksi di pentas akhir dan apabila peluang itu hadir, dia mahu menggunakan sepenuhnya untuk menjulang pasukan merangkul kejuaraan pertama selepas 21 tahun.

"Apa yang penting, kami kena melakukan serangan berterusan ke kubu lawan dan jangan sesekali leka kerana kelekaan pasti akan memberi ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol," katanya.

Sementara itu Surendran, 26, berkata, dia akan menggunakan kepantasannya bersama Gopinathan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Kelantan seterusnya mencipta jaringan.

"Kami sudah melangkah ke perlawanan akhir dan saya akan main bermati-matian untuk memastikan Pahang menjadi juara.

"Ketiadaan Obinna Nwaneri (pertahanan Kelantan) pasti memberi kelebihan kepada kita, saya akan melakukan asakan berterusan ke atas benteng Kelantan seterusnya membuka ruang kepada penyerang, terutama Matias Conti untuk menjaringkan gol," kata Surendran.

Dia dalam pada itu turut menuntut rakan sepasukan yang lain agar beraksi dengan semangat juang tinggi untuk menghadiahkan kemenangan yang amat dinantikan oleh seluruh pemain dan penyokong Tok Gajah.

"Berapa jaringan tak penting yang penting kita menang dan membawa pulang piala berprestij ini ke Pahang selepas kali terakhir pada 1992," kata pemain sayap itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.