VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 29/10/2013

Masa tamatkan kemarau trofi Piala Malaysia - Shahrizan

Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh memberi arahan kepada pemain-pemainnya semasa sesi fotografi sebelum bermulanya latihan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. - Utusan/AHMAD ZAKKI JILAN
Gambar: AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Tonggak pertahanan Pahang, Mohd. Shahrizan Salleh berkata, dia bangga kerana impiannya untuk membawa skuad Tok Gajah melangkah ke perlawanan akhirnya menjadi kenyataan.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, sekarang tiba masanya membantu Pahang menamatkan kemarau 21 tahun bergelar juara Piala Malaysia.

Kali terakhir skuad Tok Gajah menjulang piala berprestij itu adalah pada 1992, dan juga pernah memenanginya pada 1983.

Sepanjang musim ini, Shahrizan, anak jati kelahiran Pekan, memainkan peranan penting dalam mengawal benteng Pahang bersama pemain berpengalaman yang juga ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart serta Mohd. Razman Roslan.

"Sejak bersama Pahang, saya pernah mengucup Piala Liga Super pada 2004. Sebagai pemain, saya mahukan koleksi kejuaraan dan satu daripadanya adalah Piala Malaysia yang menjadi idaman semua pemain.

"Jadi, saya akan melakukan yang terbaik untuk mengekang asakan Kelantan di Stadium Shah Alam, Ahad ini. Mereka sudah pasti mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu dan kami tidak akan membenarkannya," katanya semalam.

Mengulas populariti yang memihak Kelantan memandangkan rekod lebih memihak kepada The Red Warriors, Shahrizan berkata, dia dan rakan sepasukan sedar laluan getir bakal dihadapi pada perlawanan akhir di Shah Alam, Ahad ini.

Menurutnya, ketajaman barisan serangan Kelantan yang diketuai penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme memerlukan komitmen tinggi pemain, terutama di bahagian pertahanan Pahang menghalangnya daripada menjaringkan gol.

"Begitu juga persembahan mantap kapten Kelantan, Mohd. Badhri Razi atau Piya, Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani.

"Namun, saya percaya ketiadaan Obinna Nwaneri dan Daudsu Jamaluddin memberi kelebihan kepada kami, tetapi Kelantan masih mempunyai pertahanan yang bagus dan kami perlu berusaha untuk merobek gawang mereka," katanya.

Dia mengharapkan komitmen tinggi daripada rakan sepasukan sepanjang perlawanan akhir, sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke Pahang buat kali ketiga.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.