VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 01/03/2013

Azamudin cari mangsa baharu

KUANTAN - Kemenangan besar ketika membelasah Tentera Darat (TD) 7-1 dalam saingan Piala FA, Selasa lalu membangkitkan semangat Tok Gajah untuk menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mangsa baharu apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Liga Super malam ini.

Pahang yang berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, bertekad membawa pulang tiga mata untuk merampas semula takhta pendahulu liga.

Penyerang sensasi mereka, Azamudin Mohd. Akil percaya, kemenangan besar ke atas TD berjaya memulihkan semangat Tok Gajah yang sebelum ini seakan pudar setelah tewas 0-3 kepada Lions XII dan 0-1 di tangan Perak, selain seri 2-2 dengan Kelantan.

"Saya sendiri mempunyai keyakinan tinggi untuk meledakkan gol bertemu ATM nanti setelah menghadiahkan empat gol ketika menentang TD.

"Saya akan cuba menjaringkan gol di Paroi dan tidak akan sia-siakan peluang kerana ATM selaku pendahulu liga pasti tidak rela berputih mata di laman sendiri," katanya.

Tambah Azamudin, semua rakan sepasukan sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk berdepan anak buah B. Sathianathan yang akan turun dengan lebih bertenaga kerana tidak terlibat dalam saingan Piala FA.

"Saya pasti perlawanan akan berlangsung sengit dan harap rakan-rakan sepasukan dapat bekerjasama dengan lebih baik selain mengikut segala arahan jurulatih untuk memastikan kejayaan milik kami," ujarnya.

Pada masa yang sama, Azamudin turut meminta penyokong setia Tok Gajah agar turun memberi sokongan kepada pemain kerana kejayaan pasukan Pahang sebelum ini turut dipengaruhi oleh sokongan padu penyokong.

''Sokongan peminat amat penting kepada pemain, justeru saya harap kunjungan kami ke Seremban bakal diiringi sokongan padu daripada penyokong Pahang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.