VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 13/11/2012

Razip jurulatih baru Harimau Muda B ganti Ismail Ibrahim

PETALING JAYA - Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail bakal menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih Harimau Muda B, menggantikan Ismail Ibrahim yang memilih haluan baru sebagai penolong jurulatih pasukan Johor.

Pengesahan itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata, Razip memulakan tugasannya di Wisma FAM bermula semalam.

Razip yang menjadi jurulatih Kuala Lumpur sejak 2008, merupakan antara nadi utama membantu Kuala Lumpur menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada tahun 1987, 1988 dan 1989.

Azuddin juga memberitahu Harimau Muda A tidak akan lagi beraksi di Liga Singapura pada musim depan dan akan mengadakan jelajah antara benua bagi tujuan pendedahan.

"Setelah diteliti cadangan daripada semua pihak, Harimau Muda A tidak akan lagi bermain dalam Liga Singapura dan mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan luar negara.

"Kekosongan yang ditinggalkan Harimau Muda A akan digalas Harimau Muda B yang akan bermain dalam Liga Singapura pada musim 2013, " katanya.

Sementara itu, Azzuddin mengesahkan Bangladesh sudah menghantar persetujuan berdepan Malaysia pada 20 November ini di Stadium Shah Alam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.