VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 29/04/2013

Keberkesanan media sosial

Kandungan kempen antara faktor yang boleh menjadi daya penarik pengundi.

DEWASA ini, penggunaan Facebook, Twitter, blog dan sebagainya merupakan satu medium digunakan untuk berkomunikasi mendekati hati pengundi secara maya.

Namun bagi pensyarah Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Firkhan Ali Hamid Ali, apabila dikatakan medium media sosial yang mana banyak digunakan dan paling berkesan, ia merupakan sesuatu yang subjektif.

Namun begitu, satu komponen yang lebih penting dalam proses berkomunikasi mendekati hati pengundi adalah mesej yang hendak disampaikan atau bahan kempen.

Katanya, mesej atau bahan kempen yang hendak disampaikan mestilah benar, jelas, tulen dan nyata.

Firman Allah dalam Quran: “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Beliau berkata, penghantar dan penerima mesej dalam media sosial perlu ada ilmu, integriti dan akhlak dalam menangani apa-apa mesej atau bahan kempen yang dihantar atau diterima terutama menerusi media sosial.

Kaedah tersebut, mengingatkan kisah seorang pengembala kambing menipu orang ramai dengan mengatakan ternakannya telah dimakan serigala tetapi tidak benar.

Maka, komponen penghantar mesej iaitu pengembala kambing itu tidak lagi dipercayai orang ramai atau penerimanya walaupun ada masanya mesej itu betul, jelas dan nyata apabila kambing itu benar-benar dimakan serigala.

Firkhan Ali menarik perhatian, bagi medium komunikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya mempunyai fokus fungsi dan peminatnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, Twitter dengan fokus sebagai mikro blog, YouTube dengan paparan video dan sebagainya.

Namun begitu, soal medium tersebut bolehlah dilihat daripada tiga faktor penting iaitu kemudahcapaiannya, kecepatan mesej itu disampaikan dan kepelbagaian jenis kandungannya .

‘‘Saya melihat Facebook merupakan satu medium sosial yang merangkumi kesemua aspek tersebut pada tahap yang memuaskan hati penggunanya.

‘‘Twitter pula merupakan satu medium untuk penghantaran mesej yang sangat pantas tetapi keterbatasannya dari segi kepelbagaian kandungannya,’’ ujarnya lagi.

Pada hari ini, dari segi pemerhatian yang dibuat, kemudahan untuk capaian Internet di Malaysia sudah berada pada tahap yang baik.

Mengenai kecenderungan pengguna Internet yang lebih kepada pengundi muda, Firkhan Ali berkata, kemungkinan memang ada kerana kebanyakannya yang celik Internet adalah golongan tersebut.

Katanya, disebabkan ramainya celik Internet berbanding tidak celik Internet, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi golongan tidak celik internet ini untuk bersama-sama menikmati kemudahan itu

Penggunaan media sosial juga boleh dianggap murah memandangkan kosnya rendah berbanding kaedah kempen secara konvensional kerana ia hanya memerlukan pembayaran kepada yuran Internet dan bil elektrik.

Namun, menurut Firkhan Ali, sekiranya media sosial digunakan dengan tujuan pengiklanan dan sebagainya untuk berkempen seperti mana yang dilakukan oleh syarikat-syarikat komersial, sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi berbanding kaedah konvensional.

Beliau juga menarik perhatian bahawa berkempen menggunakan media sosial mempunyai kelebihan yang ketara berbanding media tradisional kerana ia bersifat satu ke satu dalam penyampaian bahan kempen.

Menurut Firkhan, Rasulullah S.A.W telah menggunakan kaedah ini dalam penyampaian dakwah kepada masyarakat sehinggakan semua orang berasa senang dan dilayani oleh baginda.

Sementara itu, penggunaan media tradisional seperti televisyen dan akhbar lebih bersifat satu ke banyak.

Oleh itu penghantar mesej agak sukar untuk melihat sambutan atau maklum balas daripada khalayak.

Kaedah komunikasi berkonsepkan satu ke satu secara maya ini dapat menyentuh hati secara peribadi kepada khalayak ramai.

Kaedah komunikasi satu ke satu secara fizikal seperti pergi rumah ke rumah bertemu secara peribadi dengan khalayak ramai ini agak sukar dilaksanakan berbanding kaedah maya kerana keterbatasan masa dan tempat.

Ini membolehkan penyampai mesej memahami psikologi sosial seseorang penerima mesej tersebut.

Dalam teknologi pembangunan aplikasi web yang meliputi aplikasi media sosial, telah ada satu konsep yang dipanggil Personalization.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Masjid Tanah, Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, mengakui beliau menggunakan media sosial sebagai jentera alternatif berkempen.

‘‘Tidak semua (pengundi) menonton televisyen dan membaca akhbar. oleh itu saya sangat menggunakan media sosial terutama Facebook unutk kempen,’’ katanya sambil memberitahu hasil kajian terdapat 300,000 pengguna laman media sosial berkenaan di Melaka.

- LAUPA JUNUS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.