VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 05/04/2013

Parlimen bubar, kemelut calon pembangkang

PARLIMEN telah dibubarkan secara rasmi pada Rabu lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dapat diadakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Para penulis blog turut sama "memeriahkan" suasana pembubaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan melontarkan pelbagai pandangan mengenainya.

A. Kadir Jasin (akadirjasin.blogspot.com) lega dengan ikrar oleh Perdana Menteri dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng untuk menghormati pilihan pengundi pada PRU-13.

Ikrar Najib itu diucapkan ketika mengumumkan pembubaran Parlimen tersebut manakala Kit Siang turut menyatakan komitmen pembangkang untuk menghormati keputusan PRU-13 sekali pun gagal menyingkirkan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.

"Alhamdulillah dan sama-sama kita berdoa agar janji dan ikrar mereka bukan janji dan ikrar kosong dan semua pihak yang terbabit menghormatinya.

"Kita tidak mahu kecelakaan seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang kerana apabila gajah dengan gajah berperang yang mati terpijak adalah pelanduk," kata blog ini.

Dr. Ismail Ibrahim (profismail.blogspot.com) pula berkata, pembubaran Parlimen yang membolehkan PRU-13 diadakan sudah pasti akan menyebabkan munculnya "bunga-bunga pilihan raya".

Katanya, pada masa sama banyak juga "tembakan dan panahan roket" yang digunakan setelah gendang pilihan raya dipalu, termasuk mencabar Perdana Menteri tampil berdebat dengan pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, majoriti rakyat di negara ini mengharapkan PRU-13 berjalan lancar, aman damai, beretika dan bermoral.

"Cukuplah berperang mulut dan lidah tidak bertulang, asalkan jangan bertindak ganas seperti masyarakat mundur dan tidak bertamadun," katanya.

Sementara itu, Zainuddin Maidin dalam blognya (zamkata.blogspot.com) pula menggariskan sembilan sebab kenapa BN akan memenangi dua pertiga majoriti pada PRU-13.

Antara sebab itu adalah "kepulangan" bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam UMNO, sekali gus membawa bersama berjuta penyokongnya mendukung semula parti itu.

Peranan media-media BN yang sekata menyokong perjuangan parti, kemunculan berpuluh-puluh NGO dan kebangkitan bekas-bekas pegawai tinggi tentera dan polis yang menyokong UMNO adalah antara sebab lain membantu kemenangan BN.

"Pas telah kehilangan identiti agamanya dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah kehilangan semua rakan tegarnya yang selama ini mendukung idealisme termasuk tokoh-tokoh besar ilmuwan Islam dan masalah moralnya semakin diyakini rakyat.

"Beliau kelihatan keseorangan dalam kelompok asing yang masing-masing dengan kepentingan diri," katanya.

KEMELUT CALON PEMBANGKANG

BELUM pun tarikh hari penamaan calon diputuskan, pihak pembangkang sudah mula bergelut dengan kemelut pemilihan calon bagi mewakili parti-parti Pas-DAP-PKR pada pilihan raya umum kali ini.

Antara yang menjadi perbualan hangat ialah penetapan calon pembangkang di negeri Sabah.

Blog The Unspinners (theunspinners.com) mendakwa, para penyokong pembangkang Sabah mula kecewa dan marah-marah terhadap Anwar selepas mengetahui wakil PKR mendominasi senarai calon pembangkang di negeri itu.

Katanya, ramai yang mempersoal kedudukan PKR yang dikatakan meletakkan 11 calonnya bertanding di Parlimen Sabah, manakala bakinya iaitu enam daripada Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan masing-masing tiga calon bagi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS ), Pas dan DAP.

"Yang menjadi masalah buat Anwar kini adalah orang Sabah khususnya orang tempatan dan pemimpin sudah naik marah apabila mengetahui senarai calon-calon PRU-13 (bagi negeri itu).

"Orang tempatan bertanya (apakah) PKR ini parti Sabah? Kenapa mereka lebih-lebih?" kata blog ini.

Blog Semut Hitam (semuthitam80.blogspot.com) pula mendakwa, ramai ahli PKR tidak senang dengan keputusan Anwar yang "melepaskan" kerusi Parlimen Gelang Patah dan Bentong kepada DAP.

Manakala di Pahang pula, isu pertukaran kerusi antara PKR dan DAP melibatkan Parlimen Bentong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan Tanah Rata masih belum menemui noktah

"PKR meminta DAP untuk memberi laluan kepada mereka bagi kerusi DUN Ketari dan Tanah Rata sebagai ganti kepada kerusi Parlimen Bentong.

"Malangnya, berita yang diterima hari ini, DAP masih tidak mengendahkan rayuan PKR dan tetap juga dengan pendirian mereka untuk merampas kerusi Parlimen Bentong," katanya.

Untuk rekod, DAP sebelum ini telah mengumumkan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sebagai calon parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Bentong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.