VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 23/02/2013

Undi PKR = Undi DAP

Dahulu penyokong-penyokong Pas tidak sedar mainan politik DAP dan PKR. Kini kian ramai yang insaf kerana agenda perjuangan DAP dan PKR tidak sehaluan dengan Pas. - Gambar Hiasan

SEBELUM tahun 1999, pertembungan bagi merebut undi dalam kalangan orang Melayu melibatkan dua parti sahaja iaitu UMNO dan Pas.

Pertembungan antara kedua-dua parti Melayu ini berterusan sehingga ke hari ini kerana UMNO mempunyai tanggungjawab membela nasib orang Melayu, memartabatkan Islam tanpa meminggirkan kaum lain.

Pas pula dilihat terus memperalatkan agama demi kepentingan politik dan sanggup mengeluarkan apa sahaja hujah dan fatwa demi meraih sokongan.

Sikap politik Pas yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam dan orang Melayu memaksa UMNO harus 'berperang' dengan parti tersebut khususnya di kawasan luar bandar.

Namun sejak pilihan raya umum 1999, UMNO berhadapan dengan satu lagi 'peperangan', iaitu mengekang kemaraan PKR yang memperalatkan Pas bagi memperolehi undi orang Melayu di kawasan bandar.

''Inilah perkara yang perlu disedari oleh orang Melayu, kalau mereka mahu kuasa Melayu terus dipertahankan, Islam dimartabatkan dalam masa yang sama kita membela nasib kaum lain, mereka bukan sahaja perlu menolak Pas di kawasan luar bandar tetapi juga PKR di kawasan bandar,'' kata satu sumber kepada penulis.

Senario pilihan raya umum 2008 telah membuktikan bagaimana UMNO terpaksa bertarung dengan PKR bagi merebut undi orang Melayu di kawasan bandar.

PKR dengan sokongan Pas berjaya melakukannya apabila menang contohnya di Parlimen Lembah Pantai, Indera Mahkota, Kulim-Bandar Bahru, Sungai Petani, Merbok, Kuantan, Ampang dan Gombak.

Ini belum lagi termasuk kerusi-kerusi lain yang gagal ditawan oleh PKR tetapi menyaksikan 'peperangan era baru' antara UMNO dan parti itu di kawasan bandar.

Keadaan ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja perlu menolak Pas tetapi juga bagi memastikan PKR tidak menang di kawasan bandar.

''Ia memandangkan PKR hanyalah alat kepada DAP. Dalam kata mudah kalau orang Melayu mengundi PKR, ia bermakna mereka mengundi DAP,'' kata sumber itu lagi.

Sememangnya, fakta ini tidak boleh dinafikan kerana PKR tidak mempunyai kekuatan apa-apa sama ada di bandar mahupun luar bandar dalam usaha mereka meraih undi.

PKR bergantung kepada DAP untuk meraih sokongan kaum lain khususnya pengundi Cina dan memperkudakan Pas bagi meraih sokongan orang Melayu.

Situasi ini sudah tentulah amat berbahaya kepada usaha UMNO untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam kerana PKR mampu menggagalkan usaha itu melalui sokongan DAP dan Pas.

Tetapi apa yang lebih penting daripada itu, PKR amat akrab dengan DAP dan hanya menjadikan Pas sebagai alat.

PKR tidak mempunyai dasar yang jelas mengenai orang Melayu dan Islam, kalaulah kalimah Allah pun mereka sokong digunakan oleh bukan Islam, bagaimana perkara-perkara lain berkaitan dengan orang Melayu?

PKR amat menghormati dan bergantung kepada DAP demi survival politik mereka. PKR tidak pernah peduli apa pun kata Pas dalam sesuatu isu hatta berkaitan Islam sekali pun.

''Sebab itulah, kita lihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati kesepakatan yang dicapai dalam pakatan pembangkang sehingga mencetuskan konflik pemimpin itu dengan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Taib dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR tidak campur tangan biar pun ia berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,'' kata sumber itu lagi.

Apa yang berlaku ini, kata sumber tersebut perlu menginsafkan orang Melayu bahawa tindakan mereka mengundi PKR sama ada di bandar atau luar bandar boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang Melayu dan umat Islam.

Ia memandangkan pemimpin-pemimpin PKR sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa termasuklah dalam isu berkaitan Islam kerana mereka memahami Pas bersedia menjadi 'kuda tunggangan' untuk mengerahkan jenteranya mengundi calon-calon PKR dalam pilihan raya.

Perjalanan politik selepas 2008 juga membuktikan betapa berkuasa DAP dalam pakatan pembangkang. Ia terbukti apabila DAP lebih rela melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang biar pun Pas mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR.

Begitu juga apabila timbul isu siapa akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerintah. PKR dan DAP sudah sepakat mahukan Anwar manakala Pas mahu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tetapi pemimpin-pemimpin DAP muncul mempertahankan Anwar tanpa mempedulikan apa juga kata Pas.

Oleh itu PKR tidak seharusnya diberi laluan apatah lagi sokongan untuk memperalatkan undi-undi orang Melayu di kawasan bandar kerana yang akan untung ialah DAP.

PKR tidak ada komitmen jitu sama ada dalam soal Islam mahupun perjuangan orang Melayu, mereka hanya akan patuh kepada apa yang ditegaskan oleh DAP.

Keadaan ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN) kerana yang menjadi tunjang kekuatan parti itu ialah UMNO manakala parti-parti komponen lain menghormati parti Melayu tersebut. Hal ini kerana sejarah sejak merdeka membuktikan UMNO bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi juga bertanggungjawab memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Jika orang Melayu beranggapan tidak salah mereka mengundi PKR, ia hakikatnya satu perhitungan yang salah kerana mereka tidak akan mendapat apa-apa keuntungan sama seperti mana orang Melayu yang mengundi Pas.

Pemberian undi kepada PKR, akan memberi laluan dan kekuatan kepada DAP untuk terus memperjuangkan agenda politik mereka yang sudah pastinya tidak mampu dibantah oleh PKR apatah lagi Pas.

Bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, malahan dalam banyak isu kita sudah menyaksikan bagaimana PKR lebih bersama DAP berbanding Pas.

Biar pun dalam sesetengah isu, pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR dilihat perlu lebih tegas tetapi apa yang kita saksikan mereka seolah-olah tidak berupaya menentang kehendak pemimpin DAP.

Malahan kita juga saksikan bagaimana apabila ada pertelingkahan antara pemimpin PKR dan DAP, pucuk pimpinan kedua-dua parti itu akan meminta ia diselesaikan.

Tetapi apabila wujudnya konflik antara pemimpin DAP dan pemimpin Pas, seolah-olah tiada sebarang usaha oleh pemimpin-pemimpin PKR untuk meredakan keadaan.

Semua itu berlaku kerana PKR lebih mementingkan hubungan dengan DAP manakala hubungan dengan Pas pula sekadar 'batu loncatan' untuk meraih undi orang Melayu.

Justeru semua senario ini seharusnya memberi pemahaman kepada orang Melayu bahawa yang paling berkuasa dalam pakatan pembangkang bukannya PKR atau Pas tetapi DAP.

Mereka perlu menanam tekad untuk menolak Pas di kawasan luar bandar dan 'membenamkan' PKR di kawasan bandar kerana sebarang undi yang diberikan kepada kedua-dua parti itu hanya akan memperkukuhkan DAP.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.