VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 05/04/2013

PKR Selangor tidak berhati perut

SHAH ALAM 4 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan sebagai 'tidak berhati perut' apabila didakwa mengaut keuntungan daripada penderitaan yang dihadapi 400 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, tindakan itu dikatakan dilakukan oleh Yayasan Selangor apabila mengenakan sewa kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM720,000 untuk penempatan sementara para pelajar maktab tersebut.

Beliau berkata, ini berikutan 400 pelajar lelaki MRSM berkenaan kehilangan tempat tinggal apabila asrama mereka terlibat dalam kebakaran pada September tahun lalu.

"Saya dimaklumkan bahawa selepas kejadian itu, Mara terpaksa mencari tempat tinggal sementara untuk 400 pelajar MRSM tersebut dan akhirnya, Yayasan Selangor memberikan tawaran untuk menggunakan asrama mereka di Ampang Pecah yang lokasinya tidak jauh dari asrama MRSM berkenaan.

"Pada masa itu, Mara menganggap tawaran Yayasan Selangor itu adalah satu bentuk bantuan penempatan sementara kepada para pelajar MRSM berkenaan ketika menunggu bangunan asrama yang terbakar itu dibaik pulih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Mara terkejut apabila selepas tempoh tiga bulan pelajar terbabit berada di asrama berkenaan, Yayasan Selangor mengemukakan bil meminta agensi itu membayar kos sewa sebanyak RM720,000.

Beliau berkata, ketika Yayasan Selangor menawarkan asrama kepada Mara, anak syarikat kerajaan negeri itu tidak memaklumkan bahawa tawaran tersebut adalah dalam bentuk sewaan.

Sedangkan katanya, dalam tempoh tiga bulan itu, para pelajar MRSM terbabit hanya menumpang katil di asrama milik yayasan itu manakala urusan makan dan minum ditanggung Mara sepenuhnya.

Noh menganggap tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan sikap, corak serta dasar kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

"Barangkali Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kononnya seorang tokoh korporat, fikirkan keuntungan sahaja, derita rakyat tidak ambil kira," bidas beliau.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini turut memberi tekanan kepada Mara apabila mengarahkan penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam pertengahan tahun lalu.

Katanya, selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu, kerajaan negeri juga meminta Mara menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan jumlah hampir RM100,000.

"Semasa pentadbiran BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran sewa bangunan kepada pusat latihan tersebut atas prinsip agensi tersebut berperanan membangunkan modal insan dan pendidikan rakyat negeri ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.