VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 23/04/2013

Bekas Panglima ATM nafi sokong calon PKR Sg. Udang

MELAKA 22 April - Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen. (B) Tan Sri Borhan Ahmad menafikan beliau menyokong bekas Pegawai Waran 1 di Kor Gerak Khas, Rejimen Khas Komando, Asri Buang yang bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Menurutnya, tindakan Asri amat dikesali kerana cuba meraih sokongan penduduk di Sungai Udang hingga sanggup mengaitkan namanya dalam setiap ceramah yang diadakan.

Beliau menegaskan tidak pernah menyokong Asri walaupun cukup mengenalinya kerana beliau pernah bekerja di syarikatnya pada 2003.

''Apa yang saya kesalkan ialah bagaimana Asri sanggup menggunakan nama saya untuk kempen politiknya sedangkan saya tahu siapa sebenarnya Asri yang orang lain tidak kenal.

''Cukuplah saya katakan, Asri ini adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Apa yang telah dia lakukan terhadap saya hingga saya rugi RM40,000 sewaktu dia bekerja dengan saya.

''Tanyalah pada pegawai pemerintah di Kor 22 Komando dan Rejimen Gerak Khas tentang Asri yang banyak menimbulkan masalah sewaktu berkhidmat," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Idris Haron yang bertanding di DUN Sungai Udang apabila mendakwa Asri menggunakan namanya untuk meraih undi bukan sahaja di kalangan penduduk di situ tetapi juga anggota tentera di Kem Sungai Udang dan Kem Terendak.

Borhan yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1995 berkata, beliau turut dihubungi oleh beberapa bekas anggota komando di Sungai Udang dan memaklumkan tindakan Asri menggunakan namanya dalam kempen politiknya.

''Lebih mengejutkan saya apabila Asri dalam ceramahnya mengatakan saya bekerja dengannya dan kenyataan itu adalah fakta yang tidak benar kerana selepas dia bersara saya yang mengambilnya bekerja di syarikat saya," katanya.

Beliau berkata, Asri sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon wakil rakyat kerana beliau seorang yang tidak boleh dipercayai langsung.

''Saya sendiri hairan bagaimana PKR meletakkan dia sebagai calon tanpa menyelidik terlebih dahulu latar belakang Asri dan sepatutnya pemimpin PKR siasat daripada bekas-bekas tentera," ujarnya.

Beliau menegaskan, sebahagian besar tentera di Kem Sungai dan Kem Terendak tidak mungkin menyokongnya kerana mereka tahu latar belakang Asri sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Waran 1.

Borhan turut menasihatkan kepada penduduk di Sungai Udang agar memilih orang yang berkelayakan yang boleh bekerja dan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.