VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 17/04/2013

PRU-13: Calon-calon BN mampu saingi pembangkang

KUALA LUMPUR 16 April - Calon-calon Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada gabungan muka baharu dan lama diyakini dapat menandingi serta menyaingi calon-calon daripada parti pembangkang, kata penganalisis politik.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil masa yang panjang untuk meneliti senarai calon-calon yang layak.

Malah, pada kali ini, Perdana Menteri telah mengambil sikap berhati-hati dan teliti dalam membuat keputusan terhadap calon-calonnya.

"Saya dapati Najib tidak mahu ambil mudah dalam meletakkan calon-calonnya dalam PRU-13.

"Tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua, calon-calon yang dipilih adalah yang sesuai dan terbaik untuk membawa kemenangan kepada BN," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Mohamed Mustafa diminta mengulas senarai calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 seperti yang diumumkan di seluruh negara semalam.

Mengambil contoh Datuk Yap Pian Hon yang dipilih semula untuk bertanding di Parlimen Serdang, Mohamed Mustafa berkata, calon itu merupakan satu nama besar yang diberi ruang dan peluang kedua oleh BN pada kali ini.

Jelasnya, Pian Hon merupakan wakil rakyat yang sangat dekat dan popular di mata rakyat di Serdang.

"Begitu juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang akan bertanding di Parlimen Jempol, merupakan satu nama besar dan popular di kalangan penduduk yang dipertaruhkan oleh BN di kawasan itu," ujarnya.

Perdana Menteri pada majlis penyerahan tauliah kepada bakal-bakal calon kelmarin yang digelarnya Pasukan Transformasi BN dengan menampilkan 33 peratus muka baharu bagi Parlimen dan 49 peratus di kerusi DUN. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.