VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 06/04/2013

PRU-13: Senarai calon Pas dimuktamad 9 April ini

KOTA BHARU 6 April - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau akan kekal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), namun belum pasti sama ada akan terus dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun dipindahkan ke kerusi Parlimen.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pas dan merupakan penyandang kerusi DUN Bunut Payong berkata, keputusan muktamad mengenai kerusi yang ditandingi calon-calon Pas hanya akan diketahui pada 9 April ini setelah mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat mengesahkan senarai calon yang dipilih.

"Calon Pas akan dimuktamadkan pada 9 April ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur, di situ baru sah calon bertanding di mana-mana kerusi. Yang ada sekarang hanyalah ura-ura sahaja, apa yang pasti adalah saya ditetapkan untuk bertanding lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar yang bertiup kencang bahawa nama beliau tidak lagi dicalonkan untuk kerusi DUN Bunut Payong tetapi bakal menggantikan tempat veteran Pas, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.