VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 08/03/2013

PRU di Lahad Datu, Semporna ditunda jika ada darurat

ABDUL Aziz Mohd. Yusof (kanan) bersalaman dengan G. Palanivel sebelum menyampaikan taklimat Pilihan Raya Umum Ke-13 pada majlis pertemuan SPR dengan Pemimpin Parti Politik di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam. Turut hadir Chua Soi Lek (kiri).

PUTRAJAYA 7 Mac - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan tetap diadakan di seluruh negara walaupun jika selepas Parlimen dibubarkan masih ada operasi memburu saki-baki pengganas Sulu di Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya di kawasan yang terjejas seperti Lahad Datu dan Semporna hanya akan ditunda jika pihak polis mewartakan darurat di situ.

"Setakat ini, tiada darurat diisytihar di kawasan Lahad Datu dan Semporna tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Namun, SPR percaya masalah ini akan dapat diselesaikan.

"Pihak polis yang bertanggungjawab menilai keselamatan dan mengisytihar sama ada darurat atau tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pertemuan SPR dengan Pemimpin Parti Politik di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Malaysian Indian Congress (MIC), Datuk G. Palanivel, Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut Abdul Aziz, jika keadaan darurat diisytiharkan di kawasan tersebut, pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu sebarang kemungkinan sebelum membuat keputusan untuk penangguhan.

Katanya, undang-undang SPR membenarkan penundaan sama ada untuk sebuah kawasan dewan undangan negeri, parlimen, negeri atau pun sebagainya.

Mengulas pertemuan SPR dengan wakil pelbagai parti politik buat kali ke-14, Abdul Aziz berkata, banyak perkara telah dijelaskan dan semua pemimpin yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan.

Katanya, SPR juga meminta pemimpin-pemimpin politik menasihati penyokong masing-masing supaya tidak hadir beramai-ramai pada hari penamaan calon bagi mengurangkan perbelanjaan, penggunaan tenaga polis dan memudahkan pegawai SPR bertugas mengawal keadaan.

"Saya merayu kepada pemimpin dalam pertemuan tadi supaya mereka dapat memberitahu penyokong masing-masing jangan datang terlalu ramai hingga perlu menggunakan tenaga polis yang ramai," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan siri nombor yang terdapat pada kertas undi setiap pengundi adalah unik dan tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun.

Katanya, siri nombor itu adalah untuk semakan semula sekiranya timbul petisyen atau perkara yang tidak sepatutnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.