VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 28/03/2013

5 lokasi rumah mampu milik di Jerantut

JERANTUT 27 Mac - Sebanyak lima kawasan dikenal pasti sebagai lokasi projek pembinaan rumah mampu milik di daerah ini bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, setakat ini, kerajaan negeri bersetuju untuk membina kira-kira 5,000 unit rumah di lima kawasan pinggir bandar ini termasuk di Temin dan Inderapura.

"Kita telah berbincang dengan pihak terlibat untuk mengenal pasti kawasan yang strategik bagi membolehkan 5,000 unit rumah dibina dalam masa terdekat dengan harga antara RM60,000 hingga RM120,000.

"Projek perumahan ini terbuka kepada penduduk yang mempunyai pendapatan bawah RM5,000 tanpa mengira pekerjaan mereka sama ada sektor kerajaan mahupun swasta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada 150 pelajar di Maahad Tahfiz Wa Ta'alim Al-Quran Sungai Badak di sini semalam.

Yang hadir sama Pegawai Daerah, Datuk Syed Ab. Mutalib Syed Hassan dan Pegawai Pelajaran daerah, Adnan Kadir.

Adnan berkata, kerajaan negeri menawarkan kawasan tanah secara percuma kepada pemaju dan mereka yang berminat melaksanakan projek tersebut perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu memperoleh keuntungan tidak lebih daripada 30 peratus.

"Kita akan memantau harga rumah bagi semua projek di seluruh negeri ini termasuk di Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands bagi memastikan penduduk mendapat hak mereka dengan harga berpatutan mengikut saiz dan reka bentuk rumah," ujarnya.

Menurutnya, 450 unit rumah di Cameron Highlands dibina dalam bentuk apartmen kerana kekurangan tanah dan sebanyak 40 peratus daripada rumah tersebut akan dijual pada harga RM120,000 manakala bakinya dengan harga lebih tinggi.

Dalam pada itu, Adnan meminta pelajar di Maahad Tahfiz bukan sahaja memberikan tumpuan kepada menghafaz al-Quran, sebaliknya turut mendalami ilmu akademik bagi memenuhi kehendak semasa.

"Pelajar di Maahad Tahfiz mempunyai kelebihan berbanding orang lain sekiranya mereka mampu cemerlang dalam setiap mata pelajaran lain dan kegiatan kokurikulum seperti bersukan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.