VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 31/10/2012

360 kes juvana dalam tempoh 9 bulan

KUANTAN 30 Okt. - Sebanyak 360 kes juvana membabitkan 248 tangkapan dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, daripada jumlah itu pelajar sekolah yang berusia antara 16 hingga 18 tahun merupakan yang tertinggi dengan 186 kes diikuti umur 13 hingga 15 tahun (56 kes) dan tujuh hingga 12 tahun (6 kes).

"Antara jenayah dilakukan oleh pelajar terbabit adalah rogol, samun, curi motosikal dan pecah rumah," katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira sebagai sekolah angkat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek kes juvana yang didapati bersalah oleh mahkamah akan dikenakan bon jamin berkelakuan baik atau dihantar ke Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti.

"Selain itu, pesalah-pesalah ini juga boleh dikenakan kerja amal mengikut jam ditetapkan oleh pihak mahkamah," katanya.

Beliau memberitahu, di samping kes jenayah tersebut, terdapat kes salah laku pelajar seperti merempit, ponteng sekolah, menghisap rokok dan kejadian buli.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan para pelajar supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala salah laku dan jenayah ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah menengah amat relevan kerana mampu memupuk rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang negara.

"Penubuhan kelab ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

"Namun apa yang penting adalah untuk mendidik pelajar tentang cara-cara mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.