VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 23/02/2013

Demonstrasi tuntut Pulau Takeshima

TOKYO 22 Feb. - Kira-kira 500 orang penduduk Jepun hari ini mengadakan demonstrasi tahunan, bagi menuntut sebuah gugusan kepulauan kecil yang kini dikawal Korea Selatan dan menjadi punca kepada 'persengketaan' berpanjangan kedua-dua buah negara.

Peserta demonstrasi berpusu-pusu untuk menyertai acara itu di wilayah Shimane yang turut disertai pegawai kerajaan berjawatan tinggi dan ahli politik tempatan serta nasional.

Korea Selatan telah menggesa Tokyo supaya membatalkan bantahan itu yang membangkitkan kemarahan ratusan aktivis yang melaung-laungkan slogan anti-Jepun di luar kedutaan Jepun di Seoul.

Tokyo merujuk pulau yang terletak di Laut Jepun itu sebagai Pulau Takeshima manakala ia dikenali Korea Selatan sebagai Pulau Dokdo.

''Takeshima merupakan sebahagian dari negara kita,'' kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga.

Korea Selatan berang dengan kehadiran Aiko Shimajiri, seorang Setiausaha Parlimen di Pejabat Kabinet Jepun pada demonstrasi itu, apa yang didakwa Suga 'sudah menjadi kelaziman'.

''Kerajaan kami dengan tegas membantah kehadiran pegawai rasmi kerajaan Jepun dalam demonstrasi itu,'' kata Kementerian Luar Korea Selatan sambil mengecam 'tuntutan wilayah yang tidak bermakna' Jepun ke atas pulau itu.

Kementerian itu berkata, mereka telah memanggil wakil kedutaan Jepun bagi menyatakan bantahan secara rasmi terhadap demonstrasi di Shimane. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.