VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 21/05/2013

Kerajaan perlu bertegas - PPPMM

KAMI daripada Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) selaku pemerhati politik tanah air yang berteraskan penyatuan dan pembelaan Melayu berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyeru semua orang Melayu, khususnya Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Kami berharap kerajaan perlu bertegas dan mentadbir negara mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi tulen setelah orang Melayu mendapat petunjuk melalui demokrasi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), manifestasinya sangat terserlah, memang jelas orang Cina tidak mahu Melayu menjadi pemimpin mereka.

Dalam erti kata lain, 95 peratus orang Cina menolak BN, di seluruh negara melalui peti undi 'ala demokrasi'. Ini bererti mereka yakin, mereka tidak lagi perlu sokongan orang Melayu.

Oleh itu, PPPMM menganggap keputusan PRU-13, UMNO gagal 100 peratus untuk mendapat dan menambat hati kaum Cina daripada komponen parti BN.

PPPMM melihat ini sangat jelas bahawa UMNO kini 'berseorangan tanpa sayap' yang mewakili kaum Cina. Ertinya PRU-13, adalah 'satu Pilihan Raya Memilih kaum (perkauman) atau rasis'.

Justeru, secara demokrasi terpimpin, bukannya kita orang Melayu menolak mereka dalam pemerintahan secara kolektif. Mereka (orang Cinalah) yang mahukan wakil rakyat Cina yang boleh bersuara lantang dalam Parlimen.

Kita mahu melihat sama ada mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat atau sekadar membuat bising di dalam Parlimen.

Kenapa kita perlu beri muka kepada mereka, sedangkan kita mengamalkan 'amalan demokrasi, yang kalah tetap kalah'. Orang Melayu mesti terus memerintah dengan tidak meminggirkan mereka secara rasis.

Kita masih meneruskan pemerintahan secara inklusif serta menjaga kepentingan kaum Cina sebagai warganegara dan kemanusiaan, walaupun PRU-13 adalah peringatan yang cukup bernilai bagi orang Melayu.

Oleh itu, kami PPPMM ingin menyarankan kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar supaya dapat mengisi kerusi Kabinet, ahli majlis kerajaan tempatan, senator terdiri daripada NGO yang bergiat aktif, berlatarbelakangkan Melayu tulen seperti Perkasa, pertubuhan-pertubuhan silat dan lain-lain pertubuhan Melayu yang aktif.

Kebanyakan pertubuhan tersebut mempunyai ramai ahli di seluruh negara untuk dijadikan 'rakan strategik' sebagai sayap meneruskan agenda Melayu sebelum menjelangnya PRU-14.

Tidak ketinggalan PPPMM juga ingin menyarankan agar digerakkan semula Biro Tatanegara dan kuat kuasakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi menjaga masa depan negara dari segi kesejahteraan, keselamatan dan ketenteraman awam.

Kami juga ingin menyeru kepada semua orang Melayu agar bangkit, jangan lagi dirasakan 'bumi dipijak seolah-olah milik orang lain'.

Jangan khuatir dilabel 'ultra Melayu' kerana mereka yang mendahului dan memainkan emosi perkauman. Usah bimbang dianggap 'jaguh Melayu' kerana mereka terlebih dahulu 'belot' dengan semangat setia kawan kita.

Orang Melayu usah berkecil hati, kita wajib bangkit meneruskan jihad supaya negara ini akan terus ditadbir dan diperintah oleh orang Melayu selama-lamanya.

Kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Kaum Cina tetap Cina, kaum Melayu tetap Melayu dan di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.