VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 04/11/2012

Puteri Chichi meniti bahagia

KURANG daripada tempoh lima bulan, pelakon Puteri Fateen Nasuha ini bakal bergelar isteri kepada seorang penyelaras acara, Nazir Azmar, 26, yang dikenali kira-kira setahun lalu. Kisah cinta wanita berusia 22 tahun itu juga tidak diuar-uarkan kerana dia mahu bersederhana. Selain itu dia sedar yang dia bukan dari kalangan pelakon hebat yang turut diapit cerita kontroversi.

“Jujurnya, ramai yang tak kenal saya. Apabila orang sebut Puteri Fateen Nasuha atau Puteri Chichi (nama gelaran) sekali pun tetap masih ramai yang tak kenal. Saya memang sedar diri. Sebab saya tak pernah menang sebarang anugerah.

“Pun begitu, saya tetap bersyukur apabila ada pihak masih mengingati saya. Contohnya, kaitkan saya dengan pelakon drama Raksasa dan Puteri Salju yang pernah meletup dulu. Maknanya, orang tak kenal saya tapi kenal dengan lakonan saya. Apabila saya pertimbangkan semula, sebenarnya publisiti ini ada pro dan kontranya.

“Jadi lebih baik kalau saya tenggelam supaya tak ada cerita-cerita kosong. Dan hanya akan timbul kalau ada benda baik yang ingin dikhabarkan," kias Puteri Fateen Nasuha yang bakal naik pelamin pada awal Mac tahun depan.

Adakah anak kedua daripada empat beradik ini pernah ada peristiwa dengan mana-mana pihak sehingga menyebabkan dia fobia untuk muncul di khalayak?

“Tidak. Semuanya berpunca daripada diri sendiri. Ada orang cakap tahap keyakinan diri saya rendah. Saya akui sebab perkara ini memang kompleks. Saya tak nak cetuskan satu perkara yang akhirnya kesan buruknya kembali kepada diri sendiri.

“Apatah lagi dengan keadaan masyarakat kita yang mudah pandang rendah dengan artis. Mudah juga lontarkan kata-kata nista andai artis berkongsi masalah dengan peminatnya. Sebab itu saya elak dari berbuat begitu dan ganti dengan perkongsian kata-kata semangat," katanya penuh yakin.

Bagaimana pula respons anak kelahiran Kuala Lumpur ini dengan dakwaan mengatakan dia sudah tersenarai dalam kategori pelakon sendu jika dibandingkan dengan kelompok pelakon yang sama-sama dengannya kira-kira 12 tahun dahulu?

“Saya tak kisah dengan apa juga persepsi orang terhadap saya. Nak label saya apa saja sebab apa yang berlaku sekarang ini adalah kewujudan diskriminasi dalam industri lakonan kita.

“Saya tak malu nak cakap yang saya rela tak ambil job bila ada produksi yang bayar lebih kepada pelakon baru yang popular dengan cerita-cerita kontroversi berbanding pelakon lama yang tak ada cerita apa-apa. Saya sendiri pernah ditawarkan kurang daripada RM1,000 untuk satu episod sedangkan ada pelakon lain dapat lebih daripada itu. Saya pun tak nak demand lebih, nanti apa pula orang kata.

“Sebab itu, seseorang pelakon itu mudah bergelar sendu kerana terpaksa menolak tawaran kerana bayaran yang terlalu rendah. Jadi sekarang ini saya tak nak fikir apa-apa," katanya bernada kecewa.

Lantaran itu juga, Puteri Fateen Nasuha memutuskan untuk lebih fokus tentang rencana masa depannya.

Katanya, dia mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian yang menjadi pilihan pertamanya satu ketika dahulu.

“Nasib seseorang itu tak sama. Kalau dia diduga, maknanya ada satu imbalan menanti di hadapannya. Saya berdoa supaya satu masa nanti ada rezeki terbuka buat saya dalam bidang-bidang lain. Sekarang ini pun, Tuhan dah tunjukkan saya nilai kebahagiaan sebenar apabila dipertemukan dengan tunang saya. Itu yang membuatkan kehidupan saya cukup bermakna," ungkapnya di hujung perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.