VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/04/2013

Showcase Anak Muda wadah NGO belia adakan aktiviti berfaedah

KUALA SELANGOR 31 Mac - Showcase Anak Muda (SAM) merupakan wadah terbaik untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia mengadakan aktiviti yang berfaedah untuk diri mereka.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, SAM juga sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk NGO belia tidak berdaftar supaya sama-sama menyertai mana-mana showcase anjuran MBS.

“Pada minggu depan, SAM akan mengumpulkan semua NGO belia tidak berdaftar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di Alam Megah, Kota Raja.

“Kita juga telah memberikan taklimat kepada NGO belia tidak berdaftar untuk segera berdaftar. Selain itu, kita turut menerangkan kepada mereka faedah-faedah menjadi NGO berdaftar dan bergabung dengan MBS," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin di tapak SAM di Puncak Alam di sini hari ini.

Irmohizam berkata, MBS turut menyampaikan Anugerah Tokoh Muda Lumba Basikal Malaysia kepada pelumba remaja negara, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya meraih empat emas dan satu perak dalam Kejohanan Basikal Remaja Asia 2 baru-baru ini.

“Dia anak jati Kuala Selangor, jadi kita beri anugerah kepada Muhammad Firdaus di daerah kelahirannya," katanya.

Selain penyampaian anugerah itu, kata Irmohizam, SAM turut menyiarkan klip khas 10 petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu keamanan dan perpaduan negara.

Jelasnya, kesemua 10 amanat Perdana Menteri tersebut adalah penting untuk meningkatkan semangat patriotik dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan terutama dalam insiden di Lahad Datu, Sabah.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.