VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/03/2013

70,000 meriahkan Malam Cinta Rasul

Muhyiddin Yassin disambut oleh Habib Syech As Seggaf (kanan) pada program Kembara Dakwah: Malam Cinta Rasul 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir bersama 70,000 umat Islam pada program Kembara Dakwah: Malam Cinta Rasul yang diadakan di Dataran Merdeka, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri sebelum ini pernah hadir dalam program yang sama di Stadium Badminton Cheras pada Januari lalu.

Program yang berjaya menarik puluhan ribuan umat Islam itu bertujuan memupuk rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dengan menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech As Seggaf serta pendakwah terkenal Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, program berkenaan turut dihadiri oleh generasi muda.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Malam Cinta Rasul dianjurkan YPC dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), JAWI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang program yang berlangsung hampir dua jam itu, para hadirin telah disajikan dengan bacaan qasidah serta selawat ke atas Rasulullah SAW oleh Habib Syech serta kumpulannya.

Habib Syech menyampaikan 24 buah qasidah dan selawat ke atas Rasulullah SAW antaranya Ya Rasulullah Ya Nabi, Ya Hanana, Mahallul Qiyam, Ya Rabba Makkah, Subhanallah, Solatullah Salamullah, Ya Rabbi Bil Mustofha, Solatun Bis Salamil Mubin dan Busyra Lana yang kebanyakannya dipetik menerusi beberapa album qasidahnya.

Program itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Inteam, Al-Mawlid, Fatah al-Madah serta penampilan istimewa kumpulan nasyid PDRM.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.