VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/03/2013

Indonesia hantar dua kapal tempur

TAWAU 19 Mac - Dua kapal friget (tempur) dipercayai kelas Ahmad Yani milik Tentera Laut Indonesia dilihat berlabuh di perairan Nunukan yang bersempadan dengan daerah ini sejak beberapa hari lalu.

Kelibat dua kapal berkenaan boleh dilihat dari kawasan bandar Tawau yang berhadapan dengan laut walaupun sedikit berbalam.

Difahamkan, aset pertahanan itu digerakkan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke wilayah mereka.

Kapal tempur kelas berkenaan merupakan antara tercanggih dan menggunakan reka bentuk stealth yang moden bagi mengelakkannya dikesan radar.

Kehadiran kapal berkenaan juga sudah menjadi buah mulut penduduk tempatan kerana sebelum ini, kapal tempur milik negara jiran itu tidak pernah berada dalam keadaan statik untuk tempoh yang lama.

Seorang pengusaha restoran di bandar ini yang enggan dikenali memberitahu Utusan Malaysia, berita mengenai kapal berkenaan telah tersebar melalui rangkaian laman sosial masyarakat setempat sejak Ahad lalu.

Katanya, beberapa rakan yang baru pulang dari kawasan sempadan negara di Sungai Nyamuk juga memberitahu terdapat pergerakan kapal tersebut di kawasan berkenaan.

"Beberapa hari lalu saya ada menonton berita di sebuah stesen televisyen Indonesia mengenai perkara ini.

"Sebagai penduduk Tawau, saya secara peribadi tidak berasa risau kerana tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga di pihak Indonesia untuk mengawal perairan mereka," katanya yang berharap isu berkenaan tidak diperbesar-besarkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.