VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/03/2013

ATM, PDRM naik gaji - Najib

ANGGOTA keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat, dari kiri, Inspektor Abdul Azizi Abu Hashim, Leftenan Mohd. Hafiz Mohamed Sabilan, Inspektor Nazarudin Haron dan Prebet Zaid Zaidy Zulkifli ceria setelah mendapat khabar gembira mengenai penyelarasan pangkat anggota ATM dan PDRM di Felda Residen, Lahad Datu, Sabah, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

PUTRAJAYA 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan semua pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pelarasan tersebut, kata Perdana Menteri selaras dengan perubahan skim perkhidmatan ATM dan PDRM yang mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan.

Menerusi pengumuman itu, sebanyak 131,904 pegawai dan anggota dalam ATM, manakala 102,434 pegawai dan anggota dalam PDRM bakal menikmati kenaikan gaji dan skim perkhidmatan yang baru.

Menurut Najib, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dulunya dalam gred gaji 17 kini disetarakan ke gred gaji 22 Perkhidmatan Awam; Sarjan dari gred 27 ke gred 29; manakala Kapten dan Penolong Penguasa Polis dari gred 41 ke gred 44.

Katanya, Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 ke gred gaji baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam gred gaji 48 ke gred 52.

''Kesetaraan ini menyaksikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) du Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.

MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.