VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 14/03/2013

Tuah bengkel kereta mewah

Shamsul Kamal Muhamad (tiga dari kanan) bersama isteri, Rosiah Othman tidak pernah berputus asa demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

JODOH kami unik. Saya dahulu konduktor bas di Kuala Lumpur, manakala suami saya mekanik di bengkel bas berkenaan. Hendak dijadikan cerita, bas saya selalu meragam, ada-ada sahaja yang rosak. Apabila tiba di bengkel, suami sayalah yang menjadi mekanik. Tidak disangka, dari situlah kami jatuh cinta dan akhirnya mendirikan rumah tangga."

Inilah secebis coretan indah Rosiah Othman, 49, isteri kepada Shamsul Kamal Muhamad, 47, kala memulakan perbualan bersama saya sewaktu dikunjungi di bengkel kereta mewah milik mereka di Bandar Bukit Beruntung, rawang, Selangor baru-baru ini.

"Selepas berkahwin, isteri saya memilih untuk berhenti daripada menjadi konduktor dan berniaga kecil-kecilan di kawasan rumah. Saya juga berubah tempat kerja dengan menjadi mekanik di sebuah bengkel kereta di Jalan Pahang, Kuala Lumpur," tambah Shamsul.

Kira-kira pada 1999, mereka mengambil keputusan berhijrah ke Bukit Beruntung dan Shamsul kemudiannya yang tidak mempunyai tapak bengkel, telah memberanikan dirinya membuka bengkel secara 'haram' di belakang pangsapuri yang mereka diami.

"Banyak kali pihak majlis daerah datang dan menyaman kami. Malah, jiran-jiran turut merungut, lantaran bising dan sebagainya. Namun, suami saya sewaktu itu terus memekakkan telinga. Manalah kami mampu mencari tapak lain, nak kena bayar sewa dan sebagainya. Begitulah beberapa waktu, selama lima hingga enam tahun rasanya, segala ujian kami telan bak hempedu," kata Rosiah.

Menurut Rosiah, sungguh pun tanpa bengkel khusus, para pelanggan yang sudah biasa dengan mereka tetap menghantar kereta untuk diperbaiki suaminya.

Malah, dia masih ingat, salah seorang kenalan yang menggunakan kereta berjenama mewah telah meminta mereka ke Perlis untuk menunda keretanya sehingga ke Bukit Beruntung.

Sepanjang kira-kira enam tahun semasa suaminya mengerjakan bengkel 'haram' itu, Rosiah tidak pernah duduk diam.

Dia menggunakan bakat mengurut, khususnya bagi kaum wanita yang baru lepas bersalin. Malah, sepanjang Ramadan saban tahun juga dia menjual kuih menambah pendapatan.

"Hingga kini, saya masih mengurut orang. Maka, dapatlah kami kala itu menokok tambah pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan," ujarnya.

Menghimbau sejarah silam, Shamsul dan Rosiah tidak malu mengakui, wujud perbezaan yang ketara di antara sebelum dan selepas dibantu oleh zakat, bahkan amat terasa sekali.

"Dahulu, dengan pendapatan yang tidak seberapa, kami perlu menyara lima anak. Bukanlah mudah sebenarnya, malah sering kami pening dibuatnya.

"Apatah lagi apabila musim persekolahan menjelma. Malah bila tiba hari raya, suami saya akan berusaha sehabis daya untuk membelikan waima sepasang baju bagi setiap orang anak.

"Dapat beli baju baru rasanya sudah memadai, tidak perlulah berfikir untuk pulang ke kampung halaman lagi," kata Rosiah yang merupakan anak jati Perak.

Katanya, pernah juga dia masak bubur nasi dengan beras dua cawan, kerana beras sudah habis.

"Saya tahankan diri daripada meminta-minta, kerana sudah prinsip saya untuk menjauhi perangai tersebut. Susah bagaimana sekali pun, saya akan cuba sembunyikan," tegas Rosiah lanjut.

Menjelang 2008, salah seorang imam di surau yang berdekatan rumah mereka yang juga merupakan pelanggan bengkel suaminya, telah menyerahkan borang bancian zakat. Dari situlah mereka mulai disantuni dengan bantuan zakat.

"Imam Badrul, itulah namanya. Beliau meminta kami mengisi borang bantuan zakat. Tidak lama kemudian, setelah disahkan layak, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan pelbagai bantuan kepada kami.

"Antaranya, bantuan raya, persekolahan anak-anak, kewangan dan makanan bulanan. Malah, apabila dua orang anak kami memasuki politeknik, LZS telah memberikan bantuan kepada mereka," tambah Shamsul pula.

Kemudiannya, Shamsul mencuba membuka bengkel kereta dengan menyewa premis tetap di Bandar Bukit Beruntung.

Buat permulaan, semuanya amat sederhana. Kelengkapan masih jauh daripada sempurna, malah ada pelanggan yang membatalkan niat untuk membaiki kereta gara-gara kurang percaya dengan penampilan bengkelnya.

Walhal, Shamsul bukanlah mekanik mainan, banyak kereta mewah sudah 'sembuh' selepas diberikan sentuhan.

"Lalu, saya memohon bantuan LZS untuk menambah baik bengkel. alhamdulillah pada 2011, LZS memberikan dana kira-kira RM40,000, dalam bentuk peralatan canggih dan modal tunai kepada saya.

" Maklumlah, bengkel kereta saya adalah bengkel kereta mewah. Mercedes, Volvo, malah Porsche, Jaguar, Rolls Royce dan Ferrari pernah saya baiki. Maka, barangannya juga mahal-mahal," jelasnya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.