KUALA LUMPUR: Pelakon dan penulis berbakat besar, Jit Murad meninggal dunia hari ini.
Khabar duka itu dikongsikan pelakon, Que Haidar di Instagram.
“Jit Murad, briliant actor. Antara pelakon yang saya look up acting beliau.
“Kehilangan yang cukup besar dalam dunia lakonan…Al Fatihah,” tulisnya.
Punca kematian permata seni itu belum dikenal pasti.
Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur pernah membintangi beberapa filem termasuk Mat Gelap, Selubung, Perempuan Melayu Terakhir dan banyak lagi.
Empunya nama sebenar Aziz Mirzan Murad ini adalah seorang penulis, pelakon dan penggiat teater disegani.