HySpace & Hyflex tawar ruang belajar interaktif - Utusan Malaysia

HySpace & Hyflex tawar ruang belajar interaktif

Pelaksanaan HySpace dan HyFlex membolehkan pelajar di dalam kelas dan luar kelas mengikuti pengajian dengan lebih menarik, interaktif, fleksibel dan berkesan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia memasuki gerbang baharu pembelajaran dalam talian apabila Universiti Multimedia (MMU) melancarkan ruang belajar yang dinamakan HySpace dan Hyflex, di sini baru-baru ini.

Menggunakan teknologi terbaru yang didukung oleh Qualcomm Technologies, ruang tersebut membolehkan pelajar merasai suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara maya, seolah-olah berada di dalam kelas sebenar.

Pelajar dan pensyarah di dalam kelas boleh berkomunikasi secara interaktif dengan pelajar di rumah secara hybrid menerusi kamera berdefinisi tinggi dan mikrofon yang mengesan bunyi dan bergerak, mengikut pergerakan pensyarah di dalam kelas.

Ia menggunakan Teknologi Qualcomm Technologies Education-as-a-Service (EaaS), yang merupakan sebahagian daripada IoT-as-a-Service (IoTaaS) syarikat itu. Sistem itu merangkumi perkakasan dan perisian yang ditempatkan di sembilan buah kelas sebagai projek perintis.

Dijangka terdapat 40 buah kelas lain yang turut akan dipasang dengan kemudahan tersebut menjelang 2023 di kampus Cyberjaya dan Melaka.

Pengarah Kanan Qualcomm Malaysia Sdn. Bhd., Goh Thih Liang berkata, inovasi Qualcomm Technologies membantu jutaan anggota masyarakat menghadapi cabaran bidang pendidikan dalam era transformasi digital.

“Kami komited menyediakan solusi transformasi digital dalam sektor pendidikan di negara ini. Kami teruja berkolaborasi dengan MMU dan berharap lebih banyak universiti lain turut mengikut jejak langkah MMU selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, sistem ditawarkan, bertepatan dengan kemudahan platform digital sedia ada di MMU ke arah merealisasikan plan stratik universiti, MMU PLUS U.

“Menerusi pelaksanakaan ruang HySpace & Hyflex, pelajar boleh memberi tumpuan lebih baik dan menyertai perbincangan dalam kelas dengan lebih interaktif manakala para pensyarah pula mengajar dengan lebih berkesan dan fleksibel,” katanya.

Hybrid Classroom Space ialah untuk pembelajaran virtual dan secara fizikal yang lebih efektif manakala HyFlex Flexible Learning Space adalah ruang kolaborasi P&P abad ke-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN