Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang bantu usahawan

Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang bantu usahawan kembang perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kewujudan aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang membantu usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing dengan pusat borong tersebut. 

Pengarah GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, aplikasi berkenaan dibangunkan dengan tujuan memudahkan peniaga membina kerjasama perniagaan dengan pusat borong itu tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan atau melakukannya.

 “Dalam keadaan ekonomi sekarang, orang ramai memerlukan pendapatan tambahan untuk menampung komitmen mereka. Kami menggalakkan mereka yang sedang mencari kerja sambilan untuk mula berniaga dengan GM Klang. 

“Orang ramai yang mahu mengembangkan perniagaan kini boleh memuat turun aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang untuk membina kerjasama dengan kami,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas pelancaran aplikasi itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail di GM Klang, di sini.

Seng Kok berkata, mungkin ada yang keliru dengan menganggap aplikasi baharu tersebut adalah aplikasi pembelian dalam talian sedangkan ia membantu orang ramai membina kerjaya sebagai usahawan. 

Berikutan itu, katanya, pada peringkat pertama pelancaran aplikasi berkenaan, pihaknya menyediakan langkah mudah untuk pengguna yang berminat memulakan perniagaan dengan GM Klang. 

“Sasaran kami adalah usahawan atau orang ramai yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan bisnes dengan GM Klang. 

“Kami juga menyasarkan golongan peniaga yang tahu tentang GM Klang tetapi tidak tahu bahawa mereka boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dengan GM Klang,” katanya.

Ujarnya, peniaga yang memerlukan pembekal produk dan meneroka produk baharu untuk perniagaan juga boleh menggunakan aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang. 

“Dengan pendaftaran yang mudah dan klik, pengguna boleh menjadualkan lawatan padanan perniagaan mereka yang mana pihak GM Klang akan mengatur pemborong yang sesuai dengan pilihan produk pengguna. 

“Pengguna juga boleh menempah kemudahan studio kami secara percuma untuk sebarang gambar, video dan rakaman langsung,” katanya.

Beliau menambah, pengguna aplikasi tersebut boleh merujuk ruang pengumuman pada aplikasi yang mana mereka sentiasa mendapat kemas kini daripada GM Klang seperti kedai baharu, acara, kempen baharu dan lain-lain. 

“Bersama-sama dengan pelancaran aplikasi tersebut, kami mengadakan kempen ‘Muat Turun dan Dapatkan Baucar F&B RM5’ yang diberikan kepada 1000 pengguna pertama. 

“Pengguna aplikasi berkenaan mendapat menebus baucar F&B RM5 dengan memasukkan kod promosi “GMKAPPLAUNCH” melalui aplikasi ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya