Khalid Ibrahim meninggal dunia

Khalid Ibrahim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.08 malam tadi akibat jangkitan pada injap jantung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook, Khalid, 76, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Beliau telah berada di hospital sejak 23 April lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab, jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah Abdul Khalid akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14 dari 2008 sehingga 2014. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya