Berang kelas bising, guru paksa pelajar makan sampah - Utusan Malaysia

Berang kelas bising, guru paksa pelajar makan sampah

SEORANG guru di Buton, Sulawesi Tenggara didakwa memaksa beberapa murid makan sampah plastik sebagai hukuman kerana membuat bising. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTON: Seorang guru di Desa Wining, Buton, Sulawesi Tenggara didakwa menghukum 16 orang muridnya dengan makan sampah plastik.

Kejadian tersebut berlaku ketika guru yang dikenali sebagai MS itu mengajar murid kelas 4 pada Jumaat lalu dan ketika itu, murid di kelas 3A dilaporkan membuat bising kerana guru kelasnya belum tiba.

Tidak selesa dengan keadaan itu, MS pergi ke kelas 3A untuk menegur murid-murid supaya tidak membuat bising, namun keadaan tidak berubah.

Berang tegurannya tidak diendahkah, MS kemudiannya kembali ke kelas tersebut sambil membawa sejumlah sampah.

Menurut seorang murid di kelas 3A, MS masuk ke kelas mereka dan menutup pintu dan memaksa para murid makan sampah plastik yang dibawanya.

“Dia (guru MS) ambil sampah dan beri kami makan. Sampah itu dia ambil dari tong sampah,” katanya.

Insiden itu diketahui para ibu bapa murid dan mereka membuat laporan polis.

Dalam pada itu, jurucakap sekolah, Musrianto mengesahkan insiden itu dan sudah memberi teguran kepada guru terlibat, selain guru itu juga menyesali perbuatannya.

“Kami sudah menegur guru berkenaan dan hasil perbincangan dengan ibu bapa murid, guru itu menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya